Selamat Datang

Selamat Datang Ke KSSR Muzik Tahun 2

Tuesday, 22 November 2011

FOKUS KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 2


Modul Pengalaman Muzikal (70%)
Nyanyian
Muzik dan Gerakan
Permainan Alat Muzik
Modul Penghasilan Muzik (20%)
Menzahirkan idea kreatif
Modul Apresiasi Muzik (10%)
Muzik dari pelbagai budaya

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.



OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 2

 menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta pic, sebutan dan pernafasan yang betul mengikut tempo
memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo
memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik
menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal
mengenal pasti muzik vokal dan instrumental serta warna ton daripada muzik yang didengar; dan
mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar
mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal